Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menjelaskan bahawa
antara tujuan utama penubuhan 'Tabung Azan' adalah untuk membiayai dan
melatih muazzin (bilal) muda untuk melaungkan azan di surau dan masjid.
"Kita
nak beritahu mereka (DAP) bahawa kita mampu membentuk dan melatih
muazzin muda kerana kita rasa tercabar orang yang mempertikaikan
laungan azan," kata Syed Ali ketika dihubungi
Malaysiakini.

Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang wakil rakyat
DAP yang menyifatkan tindakan Umno bahagian Cheras melancarkan 'Tabung
Azan' sebagai satu gimik dan mendakwa Umno masih tidak putus asa untuk
memainkan sentiman perkauman dan agama.
Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San juga berkata tindakan
menubuhkan tabung tersebut juga merupakan bukti terdapat segelintir
anasir negatif dalam Umno yang masih ingin mewujudkan sesuatu yang
telah terbukti tidak pernah berlaku.
Sebaliknya, kata Syed Ali,
pihaknya rasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk membantu surau
dan masjid menyediakan pembesar suara bagi melaungkan azan kerana ianya
adalah sebahagian daripada syiar agama Islam.
"Kita nak cari duit. Kenapa nak laungkan azan tak boleh. Ini Malaysia, sebuah negara Islam.
"Dan kita nak naikkan semangat orang Islam," kata Syed Ali.
Tambah
Syed Ali lagi, beliau mensasarkan untuk mengutip derma RM30 juta
sebagai usaha untuk memberitahu DAP pihaknya mampu berbuat demikian.
"Untuk tunjuk kepada (ahli Parlimen Seputeh) Teresa (Kok), orang Melayu nampak kuat," jelas Syed Ali lagi.
Ekoran itu, katanya, wang yang terkumpul adalah untuk membeli peralatan surau dan pembesar suara serta diberikan di surau-surau.
Ditanya
mengenai laporan sebelum ini menyebut penubuhan tabung itu juga
bertujuan untuk membantu Utusan yang disaman oleh Teresa, beliau
berkata sebarang sokongan terhadap tersebut adalah dalam bentuk
sokongan moral.
Katanya ini kerana Utusan merupakan kumpulan media yang besar dan mampu menyediakan sumber kewangan sendiri untuk membela diri.
Menurut
Syed Ali lagi, beliau berusaha untuk mencari pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) Islam yang boleh mentadbir dan menguruskan tabung tersebut bagi
mencapai hasrat dan tujuan beliau tersebut.
www.malaysiakini.com/bm
Posted at 01:00 pm by mant
Permalink